Sunday 28 July 2013

Konvokesyen Day !

Assalamualaikum..
yeah ! setelah 2 tahun aku belajar dekat Kolej Komuniti akhirnyer aku dah grade jugak hee :D excited sangat nak konvokesyen.. hehe yela mane tak nye kami tunggu nak dekat setahun kot lepas habis study.. akhirnye dapat jugak surat dari pihak kolej yang akan diadakan majlis konvokesyen kami dekat Dewan Jubli Kuala Kangsar.. superb excited sebab dapat jumpe kawan-2.. lepas jer habis kolej masing2 buat hal sendiri jer.. 

Time 29/06 kite orang ade latihan untuk konvo.. so time nie da start jumpe peh !! sume tak habis2 nak sembang.. yela banyak story la kate kan.. hehe ape yang orang cakap kat pentas sume buat2 tak dengar jer hehe.. ramai jugak orang.. yela mane tak nye bukan kolej komuniti sungai siput je yang konvo.. banyak lagi kolej komuniti yang terlibat..


nampak tak sume nak sembang jer hehe.. tapi dalam kesibukan nak bersembang tu aku dan la buat peace sikit hihik..




ini semue pic mase latihan untuk konvo.. hehe bile nampak kamera camni la jadinyer kan hehe




Antare yang datang mase konvo aku hari tu.. cik tunang, my beloved family dan jugak kawan kite yang memerangkap bakal adik ipar hehe..




kawan-2 aku time kat kolej.. hee


dan..... aku jugak dapat bunga dari mak,ayah n cik tunang wahhh... hihik


Last skali jom balik hehe....

oke done for today hehe..

X.O.X.O
P e A c E !

Friday 26 July 2013

Secara Rasminye saye Tunangan Eiqbal wee :)

Assalamualaikum ^_^

Hey.. sekian lame tak update blog yg da berhabuk nie..
hari nie nak story mory pasal my E-Day yang telah terjadi dengan jayanye pada 7/7/2013 yang lalu.. Yang pasti sekarang dengan rasminye sudah menjadi "Tunang" kepade "Muhammad Iqbal bin Saddon" hah siap name penuh lg kot...


sebahagian daripade hantaran daripade pihak aku.. tema ungu gitu hehe..


dan nie pulok sebahagian daripade hantaran daripade pihak lelaki.. tema coklat..



kakak nie sangat baik orangnyer.. orang yg bertanggungjwab yg mnconteng muke aku (dalam erti kate yg lain make up) bg nampak gojes gitu hehe.. tersangat la puas hati dengan hasil tangan kak amy nie superb best... hee :D


Mase ni tengah dok bincang2 ha serius aje kan muke sume orang hee 




Antara kawan2 aku yg dtg.. thankzz korang hee memeriahkan majlis.. wee *_*


yeah... da sah menjadi tunangan Eiqbal Saddon...


dan... nie la big family aku..


Sekian ~~

Tunggu update seterusnya My E-Day part 2

Friday 15 February 2013

Zaman Dulu-dulu sampai Sekarang :)

Assalamualaikum :)

Ini adalah cerita kami yer kami .. Who ?? kami .. haha mcm la korg kenal sape "kami" tu kan .. Kami tu kami la Shida and Eiqbal <3 ha kenai x ? x kenai jugak  kenai-2 la jugak ngan kami hehe :D

This is about our relationship huahua B.I aku bertaburan la plak !! Haih blagak benor nak berspeaking pon ..
Alahai ~~ ade aku kisah .. Blog aku so aku punye suke la ..

"Kami" start together since 2008 gitu.. bersamaan dengan 4/06/2008 kan ? Macam la korang tau.. ! 
Layan jela gambar nie huahua :p

2008



2009



2010


2011


2012


2013


Makin lame makin berkembang kan kami dari pipi sampai susuk tubuh yang semakin tembun dan gemok hee :D adakah tahun nie sesuatu yang akan terjadi ?? hee :D kite doa-2 kan la yer ~~

x.o.x.o 
P E A C E !!



Friday 21 October 2011

kahwin awal :)

Rasulullah s.a.w bersabda: Tiga perkara yang jangan dilambat-lambatkan, iaitu solat apabila telah masuk waktunya, jenazah apabila telah siap (urusan mandi dan kafan) dan anak gadis setelah ditemui (pasangan) yang sesuai untuknya. (H.R. Tirmidzi)
Kahwin awal bukan satu masalah. Mari lihat persoalan-persoalan yang selalu menerjah di kepala anak-anak muda yang fitrahnya terhalang atas sebab-sebab tertentu.
1. Kahwin waktu masih belajar, adakah tidak mengganggu pelajaran?
Siapa cakap kahwin waktu sedang belajar mengganggu? Salah tanggapan tu. Sepatutnya, kahwin awal lebih memberi kita semangat yang membara. Yelah, sudah ada pasangan yang halal dan akan sentiasa menyokong kita, mesti la lagi bersemangat mau belajar kan? Lagi satu, orang yang sudah kahwin ni akan berasa lebih bertanggungjawab dari sebelum kahwin. Sebab mereka tahu bahawa mereka punya pasangan untuk dijaga, jadi mereka pun akan berusaha untuk buat yang terbaik bagi pasangan mereka. Apa-apa pun, tengok ibu bapa kita saja sebagai contoh. Sudah kahwin, tapi adakah mengganggu kerja mereka? Tidak kan?
2. Saya masih belajar, macam mana mahu bagi nafkah pada isteri kalau belum ada kerja?
Saya tahu ramai antara kita yang masih belajar, dan ramai yang meminjam PTPTN atau dapat biasiswa. Saya beranggapan pasangan yang ingin dikahwini jugak masih study, dan juga meminjam PTPTN atau dapat biasiswa. Jadi ia bermakna dua-dua masih dapat hidup dengan wang yang asas tu. Jadi, sementara masih belum ada kerja, suami berilah nafkah yang termampu kepada isteri. Mungkin RM50 atau RM100 sebulan? Bergantung kepada berapa banyak isteri gunakan untuk makan. Lagipun, isteri jugak ada wang, jadi tak perlu rasa ada masalah di situ. Yang penting dua-dua masih dapat hidup. Lain la kalau isteri demand kereta, rumah, rantai emas, baju berlambak-lambak, dan macam-macam lagi. Jadi, sepatutnya tiada masalah dalam bab nafkah. Cuba kita tengok orang Arab zaman Nabi dulu. Adakah kebanyakan daripada mereka orang berharta? Tidak. Mereka cuma mampu memberi isteri makan makanan setakat yang mereka mampu beri. Itu pun sudah mencukupi untuk dijadikan nafkah. Nabi tak larang pun orang miskin berkahwin. Jangan jadikan kekurangan wang sebagai penghalang perkahwinan. Itu namanya menyalahkan takdir Allah. Berdosa.
Firman Allah: Dan kahwinkanlah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu, dan orang-orang yang soleh dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya kerana Allah Maha Luas (rahmatNya dan limpah kurniaNya), lagi Maha Mengetahui. (An-Nur:32)
3. Macam mana mahu cari modal untuk majlis perkahwinan?
Sebelum itu, saya mahu tanya. Apa perkara asas dalam kahwin? Ya, akad nikah dan walimatul urus. Merisik dan bertunang tu bukan wajib pun. Jadi, potong kos seperti bagi hantaran waktu merisik dan bertunang, sudah jimat wang. Waktu akad nikah pun, jemputlah keluarga terdekat dengan kawan-kawan saja yang dapat datang. Berdosa bila tidak menghadiri jemputan walimatul urus. Jadi, jimat sikit kos kenduri. Dan tidak perlu sanding-sanding semua tu kerana hukumnya haram jika bersanding depan bukan mahram. Buang wang saja sewa pelamin, sewa baju pengantin, sewa jurukamera dengan mak andam semua tu kerana ia termasuk dalam hal-hal yang sia-sia. Mas kahwin pun tidak perlu tinggi-tinggi kerana sebaik-baik magar adalah yang paling rendah. Mudah saja majlis perkahwinan dalam Islam. Tidak sampai puluh ribu pun.
Sabda Rasulullah s.a.w: Tiga golongan yang akan selalu diberi pertolongan oleh Allah ialah seorang mujahid yang selalu memperjuangkan agama Allah s.w.t, seorang penulis yang selalu memberi penawar dan seorang yang menikah demi menjaga kehormatan dirinya. (H.R. Thabrani)
4. Tidak terlalu awalkah untuk saya berkahwin?
Kalau rasa dengan kahwin boleh buat semangat untuk belajar semakin meningkat, kahwin la. Kalau rasa kahwin boleh buat diri semakin bersemangat dalam agama, kahwin la. Kalau rasa kahwin boleh elak daripada fitnah dan maksiat, kahwin la. Itu maksudnya, kahwin memang perlu di usia muda. Benda yang baik, jangan dilambatkan. Takut kelak bertukar menjadi benda yang tidak baik. Cuba bayangkan anda ada pasangan yang disukai. Kan bagus kita cepatkan benda yang baik dengan berkahwin terus. Tapi kalau kita melambatkan perkahwinan yang bagus itu, mungkin kita akan terjerumus ke lembaah maksiat. Kenapa kita boleh beralasan untuk melakukan perkara yang halal, tetapi tidak langsung mengemukakan alasan untuk melakukan perkara yang haram? Tanya diri, jagalah iman.
Sabda Rasulullah s.a.w: Apabila datang kepadamu seorang laki-laki untuk meminang, yang engkau redha terhadap agama dan akhlaknya, maka nikahkanlah dia. Bila tidak engkau lakukan maka akan terjadi fitnah di muka bumi dan akan timbul kerosakan yang merata di muka bumi. (H.R. Tirmidzi dan Ahmad)
5. Bersediakah saya untuk kahwin awal?
Ini soalan paling bagus ditanya kepada diri sendiri. Tanya dulu soalan asas ni. Sudahkah saya solat penuh 5 kali sehari semalam? Bertanggungjawab sudahkah saya? Adakah saya panas baran atau penyabar? Adakah saya seorang yang bercakap menggunakan akal atau bertindak menggunakan akal di lutut? Pendek kata, ada banyak soalan spesifik yang boleh ditanya kepada diri sendiri. Walau apa pun jawapan dia, ini nasihat saya. Sentiasalah perbaiki diri dan mantapkan diri. Orang yang sudah berkahwin dan sedang belajar solat lebih baik berbanding orang yang sudah kahwin dan pandai solat tapi tidak amalkannya lepas kahwin. Orang yang bersedia mengubah dirinya adalah yang paling bersedia sebenarnya.
6. Macam mana dengan restu ibu bapa?
Ya, ini la benda paling susah bila mahu kahwin awal. Faktor penghalang paling utama. Kalau kita dapat menjelaskan dengan baik kepada ibu bapa dan mereka faham, insyaAllah tiada masalah untuk berkahwin awal. Tapi kalau ibu bapa kita susah mahu terima sebab fikiran mereka masih terikat dengan fikiran tipikal masyarakat Melayu sekarang ni yang lebih terpengaruh kepada adat dan cerekarama di tv semata-mata, serta pemikiran risau akan tak cukup wang nak sara anak dara orang, sudah tentu mereka tidak akan terima setiap hujah yang diberikan seperti di atas. Apa-apa pun, saya doakan yang terbaik untuk mereka yang mahu kahwin awal supaya cepat bertemu jodoh. Ingat, bila seseorang itu berkahwin kerana ingin mengikut sunnah Rasulullah, maka terbukalah segala pintu rezeki untuknya. Lihat, betapa banyaknya kelebihan kahwin awal. Fikiran kita yang sempit saja membuatkan kahwin ni nampak terlalu susah sangat.
Umar bin al-Khattab r.a telah berkata: Kahwinlah anak-anak kamu apabila sampai baligh, janganlah kamu menanggung dosa-dosa mereka. (Disebut oleh Ibnu Jauzi dalam Ahkam An-Nisa)
Nasihat saya untuk golongan-golongan yang sedang hangat bercinta tu, sebaiknya kahwinlah awal. Lebih banyak kelebihan kahwin awal berbanding kahwin lambat. Tapi semua itu pilihan masing-masing juga. Mudah-mudahan setiap pilihan yang kita buat adalah yang terbaik dan dirahmati Allah. InsyaAllah.
Rasulullah s.a.w bersabda: Siapa yang benci dengan cara hidup (sunnah) ku maka dia tidak termasuk golonganku. (H.R. Bukhari dan Muslim)